Sunday, 19 March 2017

MATLAMAT PENUMBUHAN

  1. Membantu mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman kesedaran, pengalaman dan penghayatan agama dikalangan masyarakat semua peringkat umur, bagi melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia, dengan menawarkan kelas-kelas pengajian agama secara tersusun dan sistematik.
  2. Melahirkan para hafiz yang benar-benar berilmu dan berakhlak, sebagai bakal-bakal pendakwah yang berkaliber bagi meninggihkan syi'ar Islam.
  3. Membantu mempertingkatkan penguasaan bahasa dikalangan masyarakat, Khususnya Bahasa Arab yang merupakan salah satu syi'ar agama dan alat dakwah yang berkesan; selain daripada mustabatkan bahasa ibunda Bahasa Melayu, dan juga bahasa inggeris, bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya-saing  diperingkat negeri dan juga diperingkat antarabangsa .
  4. Melahirkan generasi yang mahir membaca Al-Quran dan hafazan yang mempunyai pendedahan secukupnya kepada ilmu-ilmu hadis dan seumpamanya.
  5. Mengekalkan dan menyebarkan tertib pengajian secara Talaqqi dan Sanad didalam pengajian ilmu agama.
  6. Sebagai Suatu usaha untuk mengelakkan generasi muda daripada tercebur kedalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak berakhlak seperti terjerumus dalam penyalah gunaan najis dadah, budaya lepak,  rempit dan seumpamanya.
Untuk menceburi bidang perniagaan yang merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW dan salah satu punca rezeki yang utama; disamping membantu menunaikan tanggunjawab social sekadar termampu, dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan sebagai pendidikan kepada masyarakat.