Sunday, 19 March 2017

MATLAMAT PENUMBUHAN

  1. Membantu mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman kesedaran, pengalaman dan penghayatan agama dikalangan masyarakat semua peringkat umur, bagi melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia, dengan menawarkan kelas-kelas pengajian agama secara tersusun dan sistematik.
  2. Melahirkan para hafiz yang benar-benar berilmu dan berakhlak, sebagai bakal-bakal pendakwah yang berkaliber bagi meninggihkan syi'ar Islam.
  3. Membantu mempertingkatkan penguasaan bahasa dikalangan masyarakat, Khususnya Bahasa Arab yang merupakan salah satu syi'ar agama dan alat dakwah yang berkesan; selain daripada mustabatkan bahasa ibunda Bahasa Melayu, dan juga bahasa inggeris, bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya-saing  diperingkat negeri dan juga diperingkat antarabangsa .
  4. Melahirkan generasi yang mahir membaca Al-Quran dan hafazan yang mempunyai pendedahan secukupnya kepada ilmu-ilmu hadis dan seumpamanya.
  5. Mengekalkan dan menyebarkan tertib pengajian secara Talaqqi dan Sanad didalam pengajian ilmu agama.
  6. Sebagai Suatu usaha untuk mengelakkan generasi muda daripada tercebur kedalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak berakhlak seperti terjerumus dalam penyalah gunaan najis dadah, budaya lepak,  rempit dan seumpamanya.
Untuk menceburi bidang perniagaan yang merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW dan salah satu punca rezeki yang utama; disamping membantu menunaikan tanggunjawab social sekadar termampu, dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan sebagai pendidikan kepada masyarakat.

Sunday, 12 March 2017

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Diantara perancangan masa hadapan Pusat Tahfiz Al Raudhah;

1. Meningkatkan pengambilan pelajar dari semasa ke semasa bersesuaian dengan kemampuan
    dari segi semua aspek
2. Menambahkan bilangan tenaga pengajar selaras dengan peningkatan bilangan pelajar
3. Meningkatkan jumlah imbuhan bagi kakitangan dan tenaga pengajar selari dengan peningkatan
    taraf /kos hidup
4. Menambah-baik prasana Pusat Tahfiz Al Raudhah (bangunan bilik darjah/asrama/penginapan)

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar adalah dibuat secara berperingkat-peringkat dan akan ditingkatkan dari semasa kesemas jika berkampuan. In Sya allah. Setiap bakal pelajar adalah dimestikan menduduki ujian penilaian tertentu sebelum diterimah sebagai pelajar Pusat Tahfiz Al Raudhah. Anak yatim tersebut diatas telah di kecualikan darpada ujian penilaian tersebut Cadangan pengambilan pelajar maksimal yang termampu diterima adalah;

a) Seramai 20 murid berasrama penuh berdasarkan kepada 4 bilik tidur selada 
b) Seramai 20 murid bersesi harian di cadangkan iaitu;
     = 10 murid di sesi pagi - pukul 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
     = 10 murid di sesi petang - pukul 1.00 ptg hingga 5.00 ptg

Saturday, 11 March 2017

YURAN

Pihak Pengurusan Pusat Tahfiz Al Raudhah hanya mengenakan yuran Bulanan sebanyak RM 350.00 sebagai bayaran bagi belanja penginapan dan makan-minum bagi pelajar berasrama. Pendaftaran masok Pusat Tahfiz Al Raudhah untuk satu tahun ialah RM 100.00 sahaja.

Pihak Pengurusan Pusat Tahfiz Al Raudhah hanya mengenakan yuran Bulanan sebanyak RM 200.00 sebagai bayaran bagi pelajar harian dua sesi; Sesi Pagi dan sesi Petang. Pendaftaran masok Pusat Tahfiz Al Raudhah untuk satu tahun ialah RM 100.00 sahaja.

Pihak Pengurusan Pusat Tahfiz tidak mengenakan apa-apa yuran pengajian (pelajar diberikan didikan secara percuma) bagi pelajar yang miskin dan anak Yatim. Buat masa sekarang Pusat Tahfiz Al Raudhah mempunyai 7 orang murid anak yatim berusia 9 tahun hingga 15 tahun, yang diperolehi dari; RUMAH AMAL ASNAF AL BARAKH

Dengan Alamat;
No. 57-2 Jalan Wangsa Delima 5,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC), 53300 Kuala Lumpur


Anak-anak Tersebut itu diberi pendidikan, pakaian, pelajaran, makan dan minum, tempat tinggal percuma di Pusat Tahfiz Al Raudhah.




BAHASA PENGANTAR

Bahasa Pengantar yang diguna-pakai didalam setiap sesi pembelajaran di Pusat Tahfiz Al Raudhah adalah Seperti berikut:

Peringkat Rendah - Bahasa Malaysia / Melayu
Peringkat Tinggi - Bahasa arab, Bahasa Malaysia dan Bahasa Ingris.


JADUAL PEMBELAJARAN HARIAN


PANORAMA SEKOLAH

Pusat Tahfiz Al Raudhah
Pusat Tahfiz Al Raudhah